bmhairul
Monday, July 26, 2010
Permainan tradisional melayu &makanan tredisional melayu
Tuesday, July 20, 2010
PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KEEMPAT
Saturday, July 17, 2010
Thursday, July 15, 2010
PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KETIGA
gambar ini di petik di :http://media.photobucket.com/image/pulut%20kuning/hanieliza7/masakan/OporPulutKuning.jpg
Asal-usul rendang ialah ia datang dari negeri Indonesia . Rendang pun boleh dihidangkan dengan nasi putih ataupun pulut kuning . Rendang juga boleh terdapat di merata - rata negara , contoh : singapura , malaysia & brunei.
Asal-usul guli ialah ia datang dari kampung . Terdapat beberapa permainan tradisional yang menggunakan guli seperti congkak . Guli serkarang susah hendak kita mendapatkan .
Wednesday, July 14, 2010
PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEDUA
APA YANG SAYA MEMILIH UNTUK ASPEK PERMAINAN TRADISIONAL DAN MAKANAN TRADISIONAl?
GAMBAR INI DIPETIK DI:
(http://www.ismail.com.my/MisteriPerkahwinan_files/image023A.jpg )
Saya memilih guli kerana dahulu guli ialah permain yang terkenal di merata negara.Guli adalah sejenis bola kecil yang biasanya diperbuat dari kaca, tanah liat atau akik. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak. Guli juga boleh digunakan dalam sesetengah permainan lain, contohnya congkak . Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun. Jumlah pemain tidak melebihi lima orang.
CARA UNTUK BERMAIN GULI:
Untuk memulakan permainan setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir adalah dikira sebagai pemain yang pertama memulakan permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua hampir dan seterusnya.
Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada, begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain lainnya.
Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan memastikan guli miliknya sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan dilakukan. Ini memudahkan mereka mengawal permainan.
Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil alih giliran dikehendaki memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu sebelum boleh menjetik guli lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang induk, giliran untuk pemain lain diberikan.
Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan sehingga semua pemain selesai giliran.
Dua cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah mata terendah. Pemain yang kalah akan memasukkan guli miliknya kedalam lubang induk dan semua pemain akan memangkah guli tersebut. Cara kedua adalah dengan setiap pemain menjentik sekali seorang ke atas guli yang kalah itu jauh dari kawasan bulatan.
Saya memilih rendang sebagai makanan tradisional.Rendang adalah masakan tradisional bersantan dengan daging lembu sebagai bahan utamanya dan disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, dimana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atauketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja. Kebanyakkan bahagian daging lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang. Rasa dagingnya yang lembut dan sedap. Rendang amat popular dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha mahupun disaji pada kenduri-kenduri seperti tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkatan atau bersunat, kenduri doa selamat, kenduri harijadi dan sebagainya. Masakan ini sangat digemari di semua kalangan masyarakat baik di Sumatera Barat, Indonesia juga di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan.
Tuesday, July 13, 2010
PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI PERTAMA
Saya adalah anak melayu.Saya dilahirkan dan dibesarkan sebagai anak Melayu.Pada hari sabtu , saya menemani ibu saya pergi ke majlis persandingan . Bila saya tiba di majlis itu , ibu saya mengatakan bahawa majlis persandingan ini merupakan salah satu aspek budaya melayu.Bila saya tiba ke sekolah , saya amat terkejut kerana cikgu saya memberikan saya borang pertandingan blogging .Saya pun berasa takut kerana saya tidak tahu sama ada saya boleh membuat sepuluh entri .
Saya memilih dua aspek tentang budaya Melayu ialah permainan tradisional melayu dan makanan tradisional. Saya memilih guli sebagai permainan Tradisional Melayu dan rendang sebagai makanan Tradisional Melayu.